Hiking Bukit Padang, Kota KInabalu

Hello Gaiss....Kali ni Hiking ke Bukit Padang pula, dengan ketinggian 640m, Blue Trail atau Track 6 adalah laluan yang paling sesuai untuk Beginner. Level of difficulties untuk Bukit Padang pula adalah Easy.... Ini kerana Bukit Padang, Blue Trail adalah trek pendakian yang mudah, kerana ianya tidak seratus peratus mendaki sebagaimana Bukit Botak, Sepanggar. Trek ini ada menaik, menurun dan juga rata. sangat sesuai bagi yang baru hendak cuba mendaki.

Pendakian saya pada kali ini lebih kepada sebagai Jurugambar bagi ketiga cik puan yang tertera pada gambar dia atas. Di Puncak Bukit Padang, para pendaki akan disajikan pemandangan pada kedua-dua belah bukit, iaitu Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dan Lautan, manakala pada arah yang satu lagi pula para pendaki akan disajikan dengan pemandangan dibahagian Country Heights Apartment dan Jalan Bukit Bantayan.

Kakak Gorgeous di dalam video ini adalah Kak Nora, Bolehlah korang follow beliau di Page Nora Beauty. Support sabahan business owner

Comments

Popular Posts