Unit Multimedia - Qiamullail Edisi Disember 2019
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Alhamdulillah Qiamullail Edisi Disember 2019 anjuran Kelab Remaja Ukhuwah Beaufort (KRUB) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Beaufort, Sipitang beserta Kelab Remaja Ukhuwah Sipitang (KRUSipitang) telah melabuhkan tirainya tepat pada jam 10.20 pagi pada majlis penutupan program, bertempat di Masjid Pekan Beaufort.
Program ini berjaya meraih Peserta seramai 25 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Pekan Beaufort, Membakut, Bongawan dan Sipitang, Sabah. Program yang berlangsung selama 2 hari dan 1 malam ini diisi dengan dengan pelbagai aktiviti dan slot-slot pengisian yang bermanfaat juga bersesuaian dengan garis umur para peserta yang hadir. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah:
1. Qiamullail
2. Kuliah Maghrib
3. Riadah pagi
4. Latihan dalam kumpulan
5. Kuliah Dasar
Qiamullail Edisi kali ini lebih menarik lagi apabila barisan Ahli Jawatankuasa dan Pimpinan PSS & KRU membuat sedikit kejutan bagi meraikan adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang bagi peperiksaan PT3 tahun 2019. Sekaligus Kejutan dan penghargaan buat Saudari Nurhidayah Binti Awang yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Beaufort yang akan meneruskan langkah kerjaya beliau di Semenanjung Malaysia.
Nik hadir di program ini secara sukarela dan bertindak sebagai Unit Multimedia dan Penerbitan. Alhamdulillah Montaj Program berjaya disiapkan. Banyak Kekurangan sepanjang proses menghasilkan montaj. Namun Begitu Nik bersyukur kerana setelah beberapa bulan mempelajari cara menggunakan Adobe Premier akhirnya berjaya menghasilkan satu video, Insha'allah hasil kerja dan mutu akan dipertingkatkan lagi di masa mendatang.
Bagi ibu bapa pelajar mahupun pelajar itu sendiri. Jika Berminat dengan program-program anjuran PSS & KRU boleh lah ke laman Facebook Rasmi PSS & KRU. Kerana PSS & KRU mempunyai sekitar 17 cawangan di seluruh negeri Sabah. Pelbagai Program Menarik dianjurkan Sama ada program bulanan mahupun program tahunan.

REMAJA HARI INI PEMIMPIN ESOK HARI

Comments
Post a Comment